Kadang kala, kita menyalahgunakan penjodoh bilangan semasa dipadankan dengan benda berikut:
Contoh | Salah | Betul |
bibir | buah | bentuk / pasang |
cangkul | bilah | batang |
cawan | gelas | biji |
gigi | biji | batang |
jam dinding | utas | buah |
jam tangan | utas | pasang |
jarum | batang | bilah |
kek | buah | biji |
lembing / tombak | batang | bilah |
mercun | gugus | papan |
pinggan | keping | biji |
syiling | biji | keping |
teko Disediakan oleh Azlin Loh | buah | biji |
4 comments:
Saya berasa gembira kerana berjaya membina blog yang pertama dalam kehidupan pengajaran saya. Saya boleh menyampaikan pengajaran saya dalam bilik darjah ke dalam blog ini. Murid-murid sentiasa tidak sempat menulis nota. Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengulang kaji dengan mereka. Harap mereka mendapat ilmu melalui blog ini.
Tahniah kepada saudari Azlin Loh, isi pengajaran Penjodoh Bilangan dalam blog ini sungguh jelas dan padat. Anak saya lebih senang memahami topik ini dengan panduan gambar yang ada. Terima kasih.
Terima kasih. Harap anak saudari dapat memahami nota-nota saya. Jikalau tidak memahami nota saya, boleh saudari menanya saya. Kita boleh berkongsi idea bersama-sama.
Maaf saudari. tetapi saya dapat kenal pasti penggunaan penjodoh bilangan yang salah. Jika tak silap saya, penggunaan penjodoh bilangan untuk jam adalah seutas bukannya sepasang. Diharapkan agar saudari dapat membetulkan kesalahan tersebut agar tidak mengelirukan pembaca yang melihat kepada entry ini. Terima kasih.
Post a Comment