LATIHAN


LATIHAN PENJODOH BILANGAN



A. Suaikan ayat dengan penjodoh bilangan yang diberikan.

longgok

kawan

jambak

deret

gulung



1. Se__________ rumah kedai telah musnah dijilat api pagi semalam.

2. Sempena Hari Guru, Linda menghadiahkan se__________ bunga ros kepada cikgu kesayangannya.

3. Beberapa __________ buah langsat telah busuk kerana dibiarkan di tepi jalan raya.

4. Se__________ burung yang berbulu biru itu terbang sungguh tinggi.

5. Norji membeli se__________ tikar untuk diberikan kepada ibunya.



B. Isikan tempat-tempat kosong di bawah dengan penjodoh bilangan yang sesuai.

1. Lilian menyuapkan se__________ durian ke mulut adiknya.

2. Encik Kamil memelihara dua __________ burung kakak tua.

3. Sebatang tebu kepunyaan Encik Kamari mempunyai lapan    __________.

4. Encik Mat menjual se__________ pisang dengan harga dua ringgit.

5. Ashar membeli dua __________ nasi lemak untuk emaknya.



C. Pilih jawapan yang paling sesuai.

1. Ramasami mencuri se__________ jam tangan dari kedai itu.

   A. tangkai                   C. buah

   B. kaki                        D. berkas



2. Beberapa __________ rumah kedai itu telah hangus dalam kebakaran semalam.

   A. deret                     C. rumpun

   B. tiang                      D. ikat



3. __________ kambing Pak Jubiah telah dibaham oleh harimau.

A. Sekawan                 C. Sepotong

B. Sekerat                  D. Sebilah



4. Beberapa __________ durian yang dibeli oleh Amran telah busuk.

    A. tangkai                 C. kerat

    B. potong                  D. pangsa



5. Siti sedang memetik se__________ bunga untuk dihadiahkan kepada cikgunya.

A. potong                C. kuntum

B. kumpulan                 D. kerat



6. Khalid membeli __________ buah manga dan __________ bunga untuk diberikan kepada Aminah.

I    selonggok……semayang

II  setimbun……seutas

III selembar……sejambangan

IV  selonggok……sejambak

A. I, II, III dan IV     C. I, II dan III

B. I dan II                  D. IV sahaja

                            

7. Rama   : Kenapa awak gembira sangat, Lim?

Lim  : Saya dapat menangkap tiga __________ burung merbuk.

A. kumpulan                 C. longgok

B. kawan                     D. ekor



8. Beberapa __________ pisang telah dibeli oleh Pak Samad dari kedai Pak Ramli.

I     tandan

II   sisir

III sikat

IV   biji

A. I sahaja                  C. I, II dan III

B. I dan II                 D. I, II, III dan IV







Jawapan:

A.

1. deret

2. jambak

3. longgok

4. kawan

5. gulung



B.

1. ulas

2. ekor

3. ruas

4. sikat / sisir

5. bungkus



C.

1. C

2. A

3. A

4. D

5. C

6. D

7. D

8. D



LATIHAN KATA HAMPIR SAMA MAKNA

A. Pilih jawapan yang sebenar berdasarkan gambar dengan kata hampir sama makna yang sesuai.

1. Puan Atirah sedang __________ (menjinjing, mengandar, menatang) dulang berisi medal.
2. Wan Satiman ________ (membawa,  mengandar, memangku) sayur-sayuran untuk dijual di pasar tani.

3. Satiriah keluar dari kedai itu sambil __________ (menjinjing, mengelek, memikul) beg plastik.
4. Encik Rosman __________ (menggalas,  memikul, mengelek) fail ketika menunggu ketibaan bas.

5. Dia __________ (memangku, memikul, membawa) anak kecil itu dengan penuh kasih  sayang.
6. Pak Harun __________ (menjinjing, memikul, mengandar)  padi yang diisi di dalam guni itu ke rumahnya.
7. Mak Limah berjaja dari rumah ke rumah sambil __________ (menjinjing, menjunjung, memangku) barang jualannya.
8.  Budak lelaki itu __________ (menggalas, mengelek, mengandar) pelampung getah menuju ke pinggir laut.



B. Isikan jawapan yang sebenar berdasarkan gambar dengan kata hampir sama makna yang sesuai.

1. Ustazah Hazani __________ pau untuk sarapan keluarganya.
2. Puan Sofiah __________ ramuan ubat itu selama beberapa jam sebelum boleh diminum.
3. Abang Riduan __________ air yang diisi di dalam cerek itu.

4. Ibu saya __________ ikan di atas bara api.
5. Seorang tukang masak __________ mi yang dipesan oleh pelanggannya..

6. Cik Haslina __________ nasi dengan menggunakan dapur elektrik.




Jawapan:
A.
1. menatang
2. mengandar
3. menjinjing
4. mengelek
5. memangku
6. memikul
7. menjunjung
8. menggalas

B.
1. mengukus
2. mereneh
3. menjerang
4. memanggang
5. menggoreng
6. menanak