Saturday, September 24, 2011

Jom Belajar, BM Senang

Selamat datang ke blog saya, Cikgu Loh. Saya ialah guru Bahasa Melayu. Saya bertugas di SJK(C) Kampung Baru Rahang, Seremban. Tujuan saya mereka blog ini adalah untuk berkongsi ilmu dengan guru-guru yang dihormati dan murid-murid yang dikasihi.
          Bahasa Melayu bukan subjek yang susah difahami. Sebahagian daripada murid SJKC berasa pening dan bosan semasa mempelajari Bahasa Melayu di dalam kelas. Mereka juga tidak berminat dalam Bahasa Melayu kerana mereka sukar memahami bahasa dan jarang menggunakan bahasa tersebut.
            Blog ini akan berbincang tentang teknik dan cara mempelajari Bahasa Melayu dengan senang dan menarik. Marilah kita belajar bersama-sama.