Tuesday, December 6, 2011

Kesilapan Penjodoh Bilangan


Dalam Bahasa Melayu, tidak semua perkataan boleh dipadankan dengan penjodoh bilangan. Kesilapan yang sering kita lakukan seperti:


Kesilapan

Pembetulan

Sebab

1.           Ibu saya seorang suri rumah tangga.

2.         Beliau bekerja sebagai seorang guru.

1.       Ibu suri rumah tangga.

2.     Beliau bekerja sebagai  guru.
‘Ibu saya’ atau ‘Beliau’ bermaksud seorang. Jadi tidak perlu diletakkan penjodoh bilangan ‘seorang’.


1.       Dia mengayuh sebuah basikal.

2.     Murid-murid bermain bola di sebuah padang.

1.       Dia mengayuh basikal.

2.     Murid-murid bermain bola di padang.
Dari segi sematiknya (makna), tidak mungkin seseorang itu mengayuh dua buah basikal dalam masa yang sama. Selain itu, tidak mungkin murid-murid bermain di dua buah padang. Oleh itu, tidak perlu gunakan penjodoh bilangan ‘sebuah’.


1.             Para orang penonton bersorak dengan kuat.

2.           Semua orang pelajar mesti memakai pakaian seragam ke sekolah.


1.       Para penonton bersorak dengan kuat.

2. Semua pelajar mesti memakai pakaian seragam ke sekolah.
Penjodoh bilangan tidak boleh digunakan bersama-sama kata bilangan tak tentu, kecuali ‘beberapa’.

1.           Beberapa budak membaca buku di perpustakaan.

2.         Lima peserta berlari dengan bersungguh-sungguh.

1.       Beberapa orang budak makan membaca buku di perpustakaan.

2.     Lima orang peserta berlari dengan bersungguh-sungguh.
Penjodoh bilangan boleh digunakan  bersama-sama kata bilangan tertentu dan kata bilangan tak tertentu 'beberapa'.




2 comments:

miloais said...

Bahan-bahan di atas amat berfaedah kepada pelajar-pelajar sekolah rendah.Blog yang disediakan oleh cikgu azlin loh amat menarik dan hal ini dapat mencetus minat para pelajar.

Azlin Loh said...

Terima kasih, miloais. Saya berharap semua pelajar dan guru dapat pelbagai maklumat daripada blog saya. Jikalau saya mempunyai masa yang terluang, saya akan menyediakan pelbagai bahan-bahan tentang tatabahasa BM. Harap semua pengunjung blog saya tidak berasa kecewa kelak nanti.